Monday, 6 August 2012

kami337fm berbuka puasa bersama anak-anak yatim

Assalamualaikum WBT... pada 05-08-2012, abeteh bersama crew KAMI337fm telah pergi melawat anak-anak yatim di sebuah yayasan iaitu PekaYatim bertempat di Taman Desa Rahmat Kota Bharu Kelantan. ini perkara pertama abeteh join khidmat masyarakat pergi melihat dengan mata abeteh sendiri dimana aktiviti-aktiviti mereka anak-anak yatim) sebelum dan selepas berbuka puasa. sebelum mereka berbuka puasa,mereka terlebih dahulu memenuhi perkarangan surau atau di kaki lima surau untuk mencuci kawasan surau, sambil menunggu waktu berbuka ada di kalangan mereka mengisi masa terluang dengan berzikir mahupun membaca Al-Quran yang patut kita contohi oleh anak-anak muda di luar sana.. apabila berada di situ, secara tidak langsung kita akan dapat merasakan suka duka bagi memahami perasaan mereka di PekaYatim..apabila bertanyakan jadual mereka sepanjang hari mereka berada di Asrama, mereka telah di didik dengan banyak ilmu keagamaan, begitu la sepanjang seminggu aktiviti mereka yang hanya bercuti di hari Khamis dan Jumaat sahaja, apabila hari Jumaat, mereka akan membuat satu program khidmat masyarakat iaitu membersih kawasan surau dan pelbagai lagi aktiviti,
setelah ketibaan tuan tanah Kami337fm ke lokasi, Abe Lee telah berjumpa dengan pengetua untuk dikongsokan apa itu Kami337fm dengan lebih lanjut.
ketika menunggu waktu berbuka puasa, sekurang-kurang kita dapat melihat kegembiraan di wajah mereka setelah kita meraikan mereka..
setelah waktu berbuka puasa, crew-crew kami337fm telah memberi peluang kepada beberapa anak-anak yatim untuk ditemuramah sewaktu di on air kan secara online..disitu kita dapat mendengar luahan hati yang terpendam di hati mereka secara lebih jelas.. terima kasih kepada adik Muhammad Firdaus kerana sudi ditemuramah oleh DJ kami...
sampai disini sahaja dulu abeteh menceloteh untuk Kami337fm.. dengarkan radio kami337 di www.kami337fm.com untuk mendengar..sekian

1 comment:

  1. wow..good job roy. . .
    byk kn buat amalan yg baik d'bln rmadhan ni ek..im proud of u my frnz. . . =)

    ReplyDelete